Iklan

Membuat lagsana yang sedap




Bahan-bahan :
- 300gm daging kisar (2 daging burger)
- 1 botol Prego (botol kecil)
- 2-3 batang saderi/celery
- cendawan butang (ikut kehendak)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 biji lobak merah (dihiris)
- 1-2 sudu besar cili kisar (ikut kehendak)
- 2-3 biji bawang merah (dicincang)
- 2-3 biji bawang putih (dicincang)
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sekotak Instant Lasagna (ditambah jika pakai dulang besar - tak perlu direbus dahulu)
- 3 cawan air
- 2 sudu besar mentega
- 4 sudu besar tepung gandum (boleh ditambah jika mahu kuah pekat)
- 1 packet Mozarella cheese - 115gm (ditabur kemudian)
- 1-2 cawan susu segar (jika mahu cair tambahkan susu)
- Sedikit garam dan black pepper untuk perasa
- Sayur sepeti cili benggala, broccoli dan lain lain (boleh ditambah ikut kehendak)
- Chicken cubes (perasa tambahan ikut kehendak)


Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180C
  2. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, tunggu sampai pecah minyak kemudian masukkan daging kisar.
  4. Masukkan 3 cawan air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air bertujuan melembutkan kulit lasagna)
  5. Masukkan Prego dan sedikit gula (jika perlu)
  6. Masukkan sayur-sayuran, tunggu sehingga mendidih dan padamkan api
  7. Panaskan sauce pan, cairkan mentega, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  8. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau tepung sehingga sebati (tidak berketul) dan barulah dipanaskan semula
  9. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit dan kemudian padamkan api
  10. Sediakan dulang, sapukan minyak dan susun kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang
  11. Tuang sedikit kuah daging (supaya kulit lasagna tidak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce
  12. Selang-seli kulit lagsana, bahagian atas sekali ialah kulit lasagna dan tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan lapisan adunan lagsana ditenggelamkan oleh kuah daging)
  13. Bakar dalam oven selama 40 minit pada suhu 180C atau sehingga masak (kulit lagsana berasa lembut menandakan telah masak)
  14. Bila sesudah masak, sejukkan sebentar agar bila dipotong tidak selekeh

Selamat Mencuba!

One thoughts on “Membuat lagsana yang sedap

  1. Wow sepertinya lezat lasagna nya jadi ingin mencoba langsung makan ... mmmmhhh

    ReplyDelete

Pages

copyright of ketuk ketuk senduk. Powered by Blogger.

Popular Posts

Featured Posts